Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga bagi agama Islam kerana meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian:
- Air yang suci lagi menyucikan, tidak makruh digunakan seperti air mutlak.
- Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari.
- Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) air yang berubah dengan suatu yang suci.
- Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ).
Air mutlak
Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
- air hujan
- air laut
- air sungai
- air telaga atau perigi
- air mata air
- air yang dicairkan dari salji
- air embun
Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
Ukuran Dua Kolah
Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.
No comments:
Post a Comment