Thursday, 8 December 2011

WUDUK

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.

Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat. 

Hukum Berwuduk
1) Wajib
Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.

2) Sunat
  • ·      Ketika hendak mandi waib
  • ·      Hendak membaca al-Quran,hadis dan buku
  • ·      Ketika hendak tidur
  • ·      Ketika marah


Fardu Wudhu'

Fardu/Rukun wuduk ada enam:
  • ·         Niat
  • ·         Membasuh muka
  • ·         Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  • ·         Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
  • ·         Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  • ·         Tertib


Kesempurnan Wudhu'

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
  • ·         Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • ·         Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • ·         Tidak berkata-kata
  • ·         Menghadap kiblat
  • ·         Berniat
  • ·         Membaca basmalah
  • ·         Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • ·         Berkumur
  • ·         Menggosok gigi (bersiwak)
  • ·         Membersihkan hidung
  • ·         Membasuh muka
  • ·         Membasuh tangan hingga ke siku
  • ·         Mengusap sebagian kepala
  • ·         Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • ·         Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • ·         Membaca doa sesudah berwuduk
  • ·         Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • ·         Tertib (berurutan)

Sunday, 4 December 2011

Jenis-jenis Air Dari Segi Hukum

Air Mutlak
Air yang suci lagi menyucikan iyang kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain. .


Air Musta'mal
air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, contoh air tebu , air kelapa


Air Muqaiyad
air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Contoh: bercampur sirap kopi dan sebagainya


Air Musyammas
air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.


Air Mutanajjis
air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolahTidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.






Thursday, 17 November 2011

Jenis-jenis Air dalam ISLAM.

Cara-cara Bersuci.

Semoga SLIDE ini memberi manfaat kepada kita semua.

Apa itu AIR?


Apa itu AIR? Mengapa perlu belajar tetang air? Perlukah mengetahui jenis-jenis air? 

Video di bawah mungkin dapat membantu bagi menjawab kesemua persoalan di atas. 

Selamat Menonton... ^_^




Video Air Mutlak.

Pengenalan Air Mutlak






Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga bagi agama Islam kerana meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian:



  1. Air yang suci lagi menyucikan, tidak makruh digunakan seperti air mutlak.
  2. Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari.
  3. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) air yang berubah dengan suatu yang suci.
  4. Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ).



Air mutlak


Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.

Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:


  1. air hujan
  2. air laut
  3. air sungai
  4. air telaga atau perigi
  5. air mata air
  6. air yang dicairkan dari salji
  7. air embun


Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.


Ukuran Dua Kolah


Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.